KUALA LUMPUR: UMNO merumuskan sabatoj dalaman parti merupakan antara faktor yang menyebabkan parti berdepan kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan ketika membentangkan laporan pada Perhimpunan Agung UMNO 2022, hari ini. 

Menurut Ahmad, faktor itu perlu diakui selain daripada punca lain yang dirancang pihak lawan. 

“Ada lima perkara yang terjadi iaitu salah guna data peribadi. Anak-anak muda dan kita semua ada digital handbill…siapa bagi nombor telefon pada mereka (untuk) menyalahgunakan. 

“Mereka merasuah pengundi-pengundi. Di sebuah negeri, orang belia dibagi RM150, siswa dibagi RM300, Orang Kelainan Upaya (OKU) dibagi RM600 dan pesara dihantar ke rumah RM600. 

“Pemimpin umno dizalimi orang muda dimanipulasi dengan pelbagai sebaran…ada yang betul dan ada yang tidak betul,” katanya. –UTUSAN

 

The post UMNO akui sabotaj dalaman parti punca kalah PRU15 appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *