Pada 10 November 1974, akhbar Utusan Malaysia melaporkan UMNO telah memecat lebih 100 orang anggota parti itu kerana menentang calon-calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum Ogos lalu.

Presiden UMNO, Tun Abdul Razak mengumumkan bahawa tindakan itu dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi dalam mesyuaratnya di Rumah UMNO hari ini. Perdana Menteri menjelaskan bahawa antara yang dipecat termasuk ahli UMNO yang menjadi calon, pencadang dan penyokong calon, ejen pilihan raya serta mereka yang terang-terangan menentang Barisan Nasional.

Antara peristiwa lain yang menarik

10 November 1974 – Polis Diraja Malaysia sedang mencuba sejenis seni mempertahankan diri yang terbaru, dikenali sebagai seni silat polis yang memerlukan penggunaan tenaga paling sedikit semasa menghadapi penentang bersenjata.
10 November 1979 – Seramai 360,000 orang murid dari seluruh 4,329 buah sekolah rendah di Semenanjung kini mendapat kemudahan di bawah Rancangan Tahunan Ke-15 Pergigian Sekolah-Sekolah Colgate.
10 November 1983Sekam padi satu masa dahulu dibuang begitu sahaja, tetapi penyelidik Universiti Pertanian Malaysia (UPM) berjaya menjadikan sekam padi sebagai bahan pemanas dalam projek mengering ikan cara moden.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

The post UMNO pecat 100 orang ahli appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *