KUALA LUMPUR : UMNO mempertaruhkan pendakwah bebas Datuk Mohd Kazim Elias atau Ustaz Kazim sebagai calon Pilihan Raya Umum Ke -15 (PRU-15) di Parlimen Larut.

Beliau dijangka akan bertembung dengan penyandang Datuk Seri Hamzah Zainuddin bagi mewakili Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Pada PRU-14, Hamzah menang kerusi Parlimen Larut atas tiket Barisan Nasional (BN) selepas mengalahkan calon Pas, Abu Husin Mohamad dengan majoriti undi sebanyak 4,486.

Selepas itu, beliau keluar dari UMNO dan menyertai Bersatu pada 2019. –UTUSAN

The post UMNO pertaruh Kazim Elias di Larut appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *