PETALING JAYA: Tiada pelanggaran perlembagaan melibatkan kelulusan usul tambahan berhubung jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO supaya dipertanding dalam pemilihan parti itu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ini termasuk dakwaan pelanggaran terhadap  peraturan mesyuarat semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang berlangsung baru-baru ini. 

“Semua berjalan dengan teratur. Sekitar 90 peratus perwakilan bersetuju dengan usul tiada pertandingan Presiden dan Timbalan Presiden. 

“Sudah banyak kali dalam sejarah 77 tahun umur UMNO jawatan itu tidak dipertanding,” ciapnya di Twitter hari ini. 

Dua hari lalu, Ahmad berkata, UMNO memberi penjelasan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung usul tambahan yang diluluskan pada PAU 2022 untuk kedua-dua jawatan berkenaan tidak dipertanding dalam pemilihan parti akan datang. 

Ia susulan tindakan dua ahli UMNO pada 20 Januari lalu mengemukakan aduan kepada RoS supaya semakan dibuat terhadap usul tambahan tersebut yang didakwa tidak sah. – UTUSAN

The post UMNO: Tiada pelanggaran perlembagaan, majoriti setuju usul tidak tanding jawatan Presiden  appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *