KUALA LUMPUR: UMNO bakal menubuhkan Majlis Ulama UMNO yang akan diketuai tokoh veteran UMNO, Datuk Dusuki Ahmad.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, hubungan Ulama dan Umara’ yang merupakan elemen penting dalam memastikan urusan petadbiran negara sentiasa berpedoman, berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.

“Maka sukacita saya mengumumkan pelantikan Datuk Dusuki Ahmad sebagai Pengerusi Majlis Ulama UMNO. Dengan pelantikan ini, kita mengharapkan golongan ulama akan dapat bersama-sama membimbing perjalanan kita agar sentiasa berada di landasan yang benar,” katanya dalam ucapan pengulungan Perhimpunan Agung UMNO 2022 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid mengumumkan penubuhan Institut UMNO yang akan dipengerusikan oleh tokoh akademik, Prof. Emeritus Dr. Kamaruddin M. Said manakala Timbalannya, Prof Datuk Dr. Abdul Mua’ti @ Zambri Ahmad.

“Ketua Eksekutifnya pula ialah Prof Dr. Awang manakala Ketua Penyelaras dan Setiausaha Eksekutif Institut UMNO pula akan disandang oleh Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi,” katanya. – UTUSAN

The post UMNO wujud Majlis Ulama UMNO appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *