IPOH: Pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim menarik diri daripada bertanding mewakili BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Parlimen Larut.

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, Mohd. Kazim digantikan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Larut, Mohd. Shafiq Fhadly Mahmud.

“Mohd. Shafiq menggantikan Mohd. Kazim yang membuat keputusan menarik diri,” kata pada majlis pengumuman calon BN di sini hari ini.

Semalam, pencalonan Ustaz Kazim diumumkan sendiri Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Pengumuman Bakal Calon Parlimen BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Pemilihan tokoh agama itu berdasarkan populariti dan pengaruhnya di negeri Perak dan sesuai untuk berdepan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin di Larut. –UTUSAN

The post Ustaz Kazim tarik diri bertanding di Larut appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *