SHAH ALAM: Selangor meneruskan pemberian vaksin Covid-19 serta dos penggalak secara percuma melalui Program Pemberian Vaksin Covid-19 (SelVax) yang kini memasuki tahun ke-2 penganjurannya.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, vaksin tersebut boleh didapati mulai esok (Sabtu, 7 Januari) di 15 rangkaian Klinik Selcare dan THE KL Clinic yang terdapat di seluruh negeri. 

“Pendaftaran boleh dibuat secara walk-in, namun orang ramai digalakkan untuk membuat temujanji melalui panggilan ke talian hotline Selcare iaitu 1-800-22-6600.

“Vaksin Covid-19 akan diberikan kepada kanak-kanak dan individu dewasa manakala bagi dos penggalak pula akan hanya diberikan kepada individu berumur 18 tahun ke atas dengan syarat, dos terakhir vaksin mereka telah peroleh adalah pada 6 bulan lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, waktu operasi klinik ialah dari jam 9 pagi hingga 9 malam dan utuk maklumat lanjut layari laman sesawang selcare.com,” ujarnya.

Terdahulu Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan kes harian jangkitan Covid-19 bagi semalam adalah 571 kes. Selangor terus menjadi negeri yang mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 191 kes diikuti Kuala Lumpur 82 kes dan Sarawak 54 kes. – UTUSAN

The post Vaksin Covid-19 percuma di Selangor diteruskan appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *