DOHA: Pasukan Tunisia boleh menarik nafas lega apabila berjaya mengikat bekas juara Eropah, Denmark dalam perlawanan pembukaan kumpulan D Piala Dunia Qatar 2022 yang berlangsung di Stadium Education City sebentar tadi.

Walaupun kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan, namun drama tetap mewarnai perlawanan ini apabila Tunisia hampir lagi memecah kebuntuan menerusi Issam Jebali pada minit ke 24 namun penjaga gol Denmark, Kasper Schmeichel lebih tangkas untuk menafikan percubaan itu.

Malang buat Denmark apabila Thomas Delaney tidak dapat meneruskan permainan gara-gara mengalami kecederaan di kaki kanannya, dan dia terpaksa ditukarkan dengan pemain Brentford, Mikel Damsgaard.

Aksi di babak kedua semakin rancak dan Denmark akhirnya berjaya menembusi gawang pasukan Tunisia menerusi Andreas Skov Olson, namun jaringan itu dibatalkan kerana dia berada dalam kedudukan offside.

Denmark seharusnya diberikan sepakan penalti pada hujung masa tambahan babak kedua permainan selepas mendakwa bola terkena tangan pemain Tunisia, bagaimanapun pengadil yang meneliti video bantuan pengadil (VAR) mendapati tiada kesalahan dilakukan pemain Tunisia sekaligus mengecewakan barisan pemain Denmark untuk sekadar berpuas hati meraih satu mata sahaja dalam perlawanan ini.

The post VAR nafikan hajat Denmark raih kemenangan di Piala Dunia appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *