PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat meninggalkan pekarangan Istana Negara kira-kira pukul 12.05 tengah hari ini. 

Al-Sultan Abdullah yang memandu kenderaan utiliti sukan jenis Hyundai berwarna putih keluar dari pintu satu di sini turut melambai kepada pengamal media. 

Kira-kira 10 pengamal media berkumpul di pekarangan pintu satu, Istana Negara sejak pukul 10 pagi ini. 

Ketua parti dijangka dipanggil menghadap Al-Sultan Abdullah berhubung pendirian gabungan blok parti bagi membentuk kerajaan persekutuan. 

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada Sabtu lalu berakhir dengan Parlimen tergantung selepas tiada parti yang memperoleh majoriti mudah.

Semalam, Al-Sultan Abdullah berkenan melanjutkan tempoh pencalonan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 sehingga pukul 2 petang ini. – UTUSAN

 

The post [VIDEO] Agong berangkat meninggalkan Istana Negara appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *