KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini mengambil keterangan 11 individu berkaitan kes video tular yang memaparkan rakaman daripada kamera tersembunyi di bilik persalinan sebuah pusat beli-belah di sini. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kesemua yang dirakam percakapan melibatkan pekerja premis dan penyelenggara bangunan. 

Katanya, setakat ini pihaknya masih menyiasat lokasi sebenar kejadian. 

“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan pemilik Twitter yang menyebarkan video berkenaan gagal dikesan. 

“Kita masih menunggu laporan video daripada CyberSecurity Malaysia (CSM),” katanya kepada pemberita di Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini. 

Tambah Noor Dellhan, pihaknya semalam ada menerima laporan daripada seorang daripada mangsa dipercayai dalam video tersebut. 

Beliau turut meminta mangsa-mangsa yang dalam video terbabit tampil membantu pihak polis mengembangkan siasatan.

“Kita masih melakukan siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang,” jelasnya. 

Pada 11 Januari lalu, seorang pemilik Twitter memuat naik tangkap layar beberapa video daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah bilik persalinan di pusat beli-belah di ibu negara. 

Dalam video terbabit turut memaparkan beberapa individu melakukan perbuatan tidak senonoh. – UTUSAN

The post Video di bilik persalinan: 11 individu dirakam percakapan appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *