PETALING JAYA: Kenderaan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun dilihat tiba di Istana Negara, di sini sebentar tadi.

Kenderaan Toyota Vellfire dinaiki beliau tiba di pekarangan Istana Negara pada pukul 1.25 petang sebelum masuk melalui pintu dua Istana Negara.

KENDERAAN membawa Azhar Azizan Harun menuju masuk ke Istana Negara. – UTUSAN/MASZUREEN HADZMAN

Istana Negara terus menjadi tumpuan apabila gabungan parti politik yang dipersetujui perlu mengemukakan nama seorang Ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti untuk menjadi calon Perdana Menteri Ke-10 kepada Yang di-Pertuan Agong, sebelum pukul 2 petang ini.

Ketua parti dijangka dipanggil untuk menghadap bagi Seri Paduka mendapatkan kepastian sendiri daripada mereka mengenai pendirian gabungan blok parti. – UTUSAN

The post [VIDEO] Kenderaan bawa Azhar tiba di Istana negara appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *