KUALA LUMPUR: Laungan reformasi mula bergema di hadapan pintu masuk 2 Istana Negara petang ini.

Laungan berkenaan dibuat selepas kira-kira 100 penyokong daripada Pakatan Harapan mula dilihat berhimpun di kawasan pintu masuk.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar rakyat memberi masa untuk Seri Paduka membuat keputusan berhubung pelantikan Perdana Menteri ke-10 dalam masa terdekat.

PENYOKONG Pakatan Harapan melaungkan reformasi di pintu 2, Istana Negara. – UTUSAN/MASZUREEN HADZMAN

Seri Paduka bertitah supaya rakyat bersabar dan bersifat rasional selain perlu bergerak ke hadapan untuk negara tercinta.

Titah Al-Sultan Abdullah, rakyat perlu menerima segala keputusan yang dibuat oleh rakyat, wakil-wakil rakyat dan Yang di-Pertuan Agong. – UTUSAN

The post [VIDEO] Laungan reformasi di pintu masuk Istana Negara appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *