KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad tiba di Mahkamah Majistret di sini pada pukul 9.30 pagi tadi bagi menghadapi pertuduhan mencederakan orang mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Beliau sebelum ini ditangkap kerana didakwa menumbuk dan menendang penghuni yang juga pengawal keselamatan sebuah kondominium di Segambut.

Pelakon filem ‘Juvana’ itu sempat memberikan salam dan mengucapkan selamat pagi kepada wartawan yang berkumpul di lobi mahkamah.

Ketika ini, Sharnaaz Ahmad masih menunggu giliran kes dan pertuduhan dibacakan.

SHARNAAZ Ahmad menegur pengamal media ketika tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. – UTUSAN/ZAREEN SEJAHAN

Tahun lalu media melaporkan, pelakon lelaki berusia 38 tahun itu direman tiga hari. Beliau dilaporkan menumbuk dan menendang mangsa selepas rakan mangsa yang hendak menghantar minyak masak dilarang memasuki kawasan kondominium berkenaan oleh pengawal keselamatan di situ.

Kejadian dipercayai berlaku selepas berlaku pertengkaran mulut antara mangsa dengan pengawal keselamatan sebelum pelakon terbabit datang secara tiba-tiba dan memukul mangsa. – UTUSAN

The post [VIDEO] Tuduhan cederakan orang: Sharnaaz Ahmad tiba di mahkamah appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *