DOHA: Wags (isteri dan teman wanita pemain bola sepak) England diarah untuk tidak memakai skirt pendek dan baju berpotongan pendek semasa menonton perlawanan Piala Dunia 2022 di Qatar.

Kejohanan bola sepak lima tahun sekali itu akhirnya kini tiba dengan kedatangan penonton dari seluruh dunia yang sedang bersiap sedia untuk memberi sorakan kepada pasukan pilihan mereka.

Bagaimanapun, undang-undang ketat di negara Doha menandakan, penyokong yang hadir perlu dan dinasihatkan  menjaga tingkah laku, termasuk gaya mereka berpakaian.

Beberapa isteri dan teman wanita skuad England telah menerima nasihat untuk tidak memakai pakaian tertentu, seperti yang dilaporkan akhbar tempatan.

Skirt pendek, baju berpotongan pendek, seluar pendek yang ketat dan skirt yang terdedah adalah antara pakaian yang ditegah dan Wags dinasihatkan untuk berpakaian sopan sepanjang berada di sana.

Laporan turut mengatakan bahawa penggaya peribadi, Connie Jones, 31, telah bercakap dengan pasangan Luke Shaw-Anouska Santos, pasangan John Stones-Liv Naylor dan tunang Marcus Rashford, Lucia Loi tentang tatacara berpakaian di Qatar.

Ketiga-tiga wanita itu akan membawa pakaian, solekan dan barang kemas daripada syarikat Jones Connie Personal Shopping Company yang dikenadalikannya sendiri di Manchester.

Jurugaya itu dilaporkan turut menasihat Wags untuk mempertimbangkan memakai selendang bagi membantu mereka menutup bentuk badan.

Bagaimanapun, adat Wags untuk memakai baju bola sepak dengan nama pasangan di belakang akan dibenarkan, cuma dengan peraturan pakaian yang lebih ketat.

Semua pasangan bagi skuad Three Lions itu akan menghabiskan banyak masa mereka di Qatar dengan kapal persiaran mewah bernilai 1 bilion pound (RM5.413 bilion).

Isteri dan teman wanita pemain bola sepak akan menjadi antara 6,762 tetamu di atas MSC World Europa yang serba baharu dengan pakej lima bintang di atas kapal itu yang akan berlabuh di luar pantai Doha. – AGENSI

The post Wags dinasihat berpakaian sopan appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *