DUNGUN : Perikatan Nasional (PN) Terengganu menawan Parlimen Dungun setelah penyandangnya, Wan Hassan Mohd. Ramly  menang bergaya dengan majoriti sebanyak 34,105 undi dalam Pilihan Raya Umum Ke -15 (PRU15).

Beliau memperolehi sebanyak 59,720 undi mengatasi calon Barisan Nasional (BN), Nurhisam Johari (25,615), calon Pakatan Harapan (PH), Mohasdjone @ Mohd. Johari Mohamad (5,307), calon Pejuang, Nor Aisah Hasan (322) dan calon Bebas, Ghazali Ismail (305).

Kemenangan itu diumumkan Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Dungun, Jusman Ibrahim di pusat penjumlahan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Dungun di sini.

Pada PRU-14, Wan Hassan dari Pas menang dengan majoriti 13,119 undi. – UTUSAN ONLINE

The post Wan Hassan pertahan Parlimen Dungun appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *