PETALING JAYA: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani muncul sebagai dua muka baharu Naib Presiden UMNO setelah masing-masing menang pemilihan parti itu semalam.

JOHARI ABDUL GHANI

Setakat pukul 8 pagi ini, Wan Rosdy menduduki tempat pertama dengan memperoleh 113 undi manakala Johari di tangga ketiga dengan 94 undi.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dijangka kekal sebagai Naib Presiden apabila mendapat 102 undi iaitu kedudukan kedua selepas Wan Rosdy.

MOHAMED KHALED NORDIN

Empat calon lagi Naib Preside iaitu Datuk Seri Azalina Othman, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Seri Hasni Mohammad, Datuk Seri Mahdzir Khalid jauh ketinggalan sekali gus sukar menyaingi tiga nama teratas.

Azalina memperoleh 63 undi diikuti Reezal Naina Merican (43 undi), Hasni (40 undi) manakala seorang lagi penyandang, Mahdzir di tangga ketujuh dengan 30 undi.

Seorang lagi calon, Dr. Mohd Yusof Musa belum mendapat sebarang undi. – UTUSAN

 

The post Wan Rosdy, Johari dipilih Naib Presiden baharu UMNO appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *