KUALA LUMPUR: Setakat pukul 7.30 malam tadi, undian calon Naib Presiden UMNO masih kekal dengan meletakkan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di tempat pertama dengan 25 undian.
Ia diikuti Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dengan 21 undi sementara Datuk Seri Johari Abdul Ghani memperoleh 16 undi.
Ketiga-tiga calon itu meninggalkan lima calon Naib Presiden yang lain termasuklah Datuk Seri Azalina Othman Said meraih 11 undi; Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, sembilan undi; Datuk Ir Hasni Mohamad, enam undi, dan Datuk Seri Mahdzir Khalid dengan lima undi.
Dr. Mohd Yusof Musa tidak mendapat sebarang undi setakat ini. – UTUSAN
The post Wan Rosdy, Khaled Nordin, Johari kekal ‘top 3’ calon Naib Presiden appeared first on Utusan Malaysia.