LIPIS: Seorang warga emas wanita berusia 90 tahun ditemukan maut dalam keadaan tergantung pada kipas di ruang dapur rumahnya di Taman Desa Perwira, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, ketika pulang ke rumah bersama suaminya di Taman Desa Perwira, menantu warga emas itu mendapati ibu mertuanya,Thong Ah Su @ Ah Soo tiada di ruang tamu.

“Menantunya terus ke ruang dapur rumah dan menemukan ibu mertuanya dalam keadaan tergantung pada kipas. Suami pengadu terus menghubungi pihak hospital bagi melaporkan kejadian.

“Pihak hospital yang tiba di rumah berkenaan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Azli, warga emas itu dipercayai menggantung diri menggunakan tali dan kain tuala yang disangkut pada kipas syiling di bahagian dapur rumah.

“Kejadian berlaku antara pukul 7.30 pagi hingga 1 tengah hari dan hasil pemeriksaan polis di lokasi memdapati tiada ada unsur jenayah dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Lipis untuk dibedah siasat selepas kejadian,” ujarnya. – UTUSAN

The post Warga emas berusia 90 tahun maut tergantung di kipas siling appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *