BALING: Seorang wanita warga emas maut selepas motosikal ditungganginya dipercayai dirempuh sebuah kereta yang keluar simpang di hadapan Klinik Kesihatan Kupang, di sini kira-kira pukul 11.30 pagi ini.

Mangsa, Rogayah Abdul Hamid, 64, yang beralamat di Kampung Jelutung, Kuala Ketil, di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, siasatan awal mendapati motosikal jenis Honda Wave ditunggangi mangsa datang dari arah pekan Baling menghala ke Simpang Tiga Landak.

“Apabila tiba di tempat kejadian, kereta jenis Honda dipandu seorang wanita berusia 26 tahun keluar dari simpang menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu berlanggar di bahagian hadapan sebelah kanan kereta terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Shamsudin, akibat rempuhan tersebut mangsa dipercayai melambung dan terjatuh di laluan bertentangan.

Katanya, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –UTUSAN

The post Warga emas maut motosikal dirempuh kereta keluar simpang appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *