KUALA SELANGOR: Seorang penunggang motosikal warga emas menemui ajal selepas kepalanya terhantuk pada cermin sebuah kenderaan yang melanggarnya di Tanjong Karang di sini, hari ini.   

Kemalangan pukul 10.16 pagi itu mengakibatkan lelaki berusia 72 tahun meninggal dunia di tempat kejadian yang dipercayai berlaku akibat penunggang dikatakan mengubah haluan dari lorong kiri ke kanan.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan mendapati motosikal Yamaha SS2 mangsa dan kereta Proton Waja itu datang dari arah Klang menghala ke Teluk Intan, Perak.

“Motosikal mangsa kemudian dilanggar Waja dipandu individu berusia 49 tahun yang gagal mengelaknya. 

“Akibat perlanggaran itu, kepala mangsa terhantuk di cermin utama kereta tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Tambah Ramli, mayat warga emas itu dihantar ke hospital berdekatan untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. – UTUSAN

 

The post Warga emas maut terhantuk cermin kereta appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *