TAIPING:  Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin mendedahkan sindiket penjualan kad pengenalan yang didalangi warga tempatan yang dikesan wujud di seluruh negara.

Beliau berkata, bagaimanapun, sindiket itu tidak mudah bergerak berikutan penguatkuasaan yang dijalankan pelbagai agensi di bawah kementerian itu yang mengesan lebih awal kegiatan penipuan tersebut.

“Sindiket ini semua negeri ada tetapi tidak mudah untuk mereka dapatkan kad pengenalan merah kerana kita dapat hidu dahulu. Kita tidak akan benarkan perkara ini berlaku,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pendaftaran perkahwinan dan penyerahan dokumen pengenalan diri di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Larut Matang dan Selama di sini hari ini.

Menurutnya, sejak menjadi Menteri Dalam Negeri, pihaknya sudah mengarahkan tangkapan dibuat terhadap mereka yang melakukan kegiatan tersebut.

Pada masa sama, beliau menasihati rakyat yang memerlukan khidmat tenaga kerja asing supaya mendapatkan dokumen secara sah melalui agensi kerajaan bagi mengelakkan masalah sosial lebih besar dalam jangka panjang.

Katanya, jika rakyat tempatan mahu membawa masuk pekerja asing, perkara itu hendaklah dilakukan mengikut undang-undang dan Akta Imigresen.

“Ada pas tertentu untuk mereka boleh bekerja di negara ini. Apabila sindiket bawa masuk pendatang asing bekerja dan akhirnya mereka tiada dokumen sah, kemudian nak minta jadi warganegara.

“Dia kata sudah duduk lama di Malaysia, kadang-kadang mereka duduk sampai 20 ke 30 tahun sampai tak tahu nak balik kampung sendiri.

““Lepas itu mereka kahwin pula dengan warganegara tempatan tapi tidak boleh daftar perkahwinan sebab dia tiada dokumen. Jadi apabila ada anak, menyebabkan masalah sosial dalam negara kita sebab itu saya marah sangat sindiket ini,” katanya. – UTUSAN

The post Warga tempatan dalang sindiket jual kad pengenalan appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *