Pada 2 Disember 1979, Utusan Malaysia melaporkan Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar mengingatkan Parti Komunis Malaya akan mengambil kesempatan daripada kegiatan perkauman, fanatik agama dan petualang politik.

Beliau berharap rakyat akan berjaga-jaga terhadap cauvinis serta pelampau kaum, golongan fanatik agama dan petualang politik, yang bukan sahaja menjejaskan keselamatan, tetapi juga menghalang matlamat perpaduan kaum.

Antara peristiwa lain yang menarik

2 Disember 1972 – Menteri Buruh dan Tenaga Rakyat, Tan Sri V. Manickavasagam telah meletakkan batu asas bangunan rumah Persatuan India Kinta di Ipoh baru-baru ini.
2 Disember 1977 – Penyanyi kacak bersuara lantang, Latiff Ibrahim kini menjadi anggota keluarga Trio Musical Industries untuk proses rakaman album terbarunya nanti.
2 Disember 1982 – Kementerian Pertanian bercadang untuk mengimport kambing biri-biri jenis “Dorset Horn” bagi tujuan pembiakan kacukan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

The post Waspada terhadap tiga ‘sahabat’ komunis appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *