SANAA: Sekurang-kurangnya 10 kanak-kanak dan remaja yang menghidap leukemia, maut selepas diberikan dos rawatan tamat tarikh luput di sebuah hospital di ibu negara Yaman yang dikuasai puak Houthi.

Lapor Al Jazeera, Kementerian Kesihatan mengesahkan mangsa berkenaan meninggal dunia di Hospital Kuwait.

Katanya, kesemua mangsa itu merupakan antara sekumpulan 19 pesakit yang berumur tiga hingga 15 tahun.

Jelas kementerian itu, `pencemaran bakteria’ dikesan dalam suntikan yang diberikan kepada kanak-kanak dan remaja penghidap leukemia itu.

Malah, mereka turut mendakwa ubat tersebut diseludup masuk ke negara itu.

Selain itu, kementerian menyatakan seorang lagi kanak-kanak menghidap leukemia berada dalam `keadaan sangat kritikal’.

Pihak berkuasa tidak memaklumkan bila 10 kematian itu berlaku.

Dalam pada itu, seorang sumber perubatan mendakwa dos rawatan itu melepasi tarikh luputnya.

Sementara itu, puluhan petugas kesihatan yang ditemubual oleh Associted Press mendakwa kira-kira 50 kanak-kanak dan remaja menerima rawatan kemoterapi diseludup yang dikenali sebagai methotrexate dihasilkan di India.

Menurut mereka, seramai 19 kanak-kanak dan remaja meninggal dunia akibat menerima dos rawatan yang tamat tarikh luput.

The post Yaman: 10 kanak-kanak pesakit leukemia maut akibat diberi ubat `tercemar’ appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *