Al-RAYYAN, Qatar: Ketika seluruh Arab Saudi masih meraikan kejayaan menewaskan Argentina 2-1, lain pula cerita buat pemain pertahanannya, Yasser Al-Shahrani yang terpaksa melupakan saingan Piala Dunia Qatar 2022.

Ini kerana Yasser perlu menjalani pembedahan selepas mengalami kecederaan serius di bahagian muka ketika kemenangan mengejut Arab Saudi ke atas Argentina dalam saingan Kumpulan C, semalam.

Dalam perlawanan tersebut, Yasser rebah di atas padang selepas bertembung dengan penjaga golnya, Mohammed Al-Owais pada masa kecederaan permainan dan dia terpaksa diusung keluar dengan pengusung.

Dia dilaporkan mengalami kecederaan retak tulang rahang dan tulang wajah berikutan insiden itu.

“Yasser Al-Shahrani mendapatkan rawatan di Hospital National Guard di Riyadh dan akan menjalani pembedahan dalam masa terdekat sebagai salah satu langkah diambil staf perubatan untuk merawat kecederaan dialami,” kata Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi.

Setakat ini tiada kenyataan lanjut daripada pengurusan Badan Induk Bola Sepak negara itu mengenai penyertaan pemain itu bagi dua aksi peringkat kumpulan seterusnya.-AGENSI

The post Yasser terpaksa lupakan Piala Dunia 2022 appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *