PETALING JAYA: Beregu campuran negara, Peck Yen Wei membuat keputusan mengejutkan apabila ambil keputusan mengundur diri daripada kem kebangsaan berkuatkuasa hari ini.

Yen Wei difahamkan sudah pun menghantar surat pengunduran diri kepada pihak Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada Jumaat lalu.

Pemain berusia 26 tahun ini pernah mencipta kegemilangan menamatkan penantian Malaysia selama 23 tahun dengan memenangi pingat emas acara beregu campuran di Sukan SEA Vietnam tahun lalu bersama Chen Tang Jie.

Selain itu dia turut pernah menjuarai Kejohanan Antarabangsa Malaysia pada 2018, dan sebelum itu pernah bergandingan dengan Goh Yea Ching dalam acara beregu wanita untuk menjuarai Kejohanan Antarabangsa Portugal pada 2016.

Bagaimanapun beberapa episod kecederaan yang menimpa Yen Wei pada tahun ini menyekat perkembangannya pada tahun, selain sering ditukar pasangan oleh barisan kejurulatihan, antaranya digandingkan dengan pemain muda, Choong Hon Jian namun hanya bertahan selama tiga bulan sahaja.

“Saya amat berterima kasih atas sokongan dan tunjuk ajar oleh BAM sepanjang 10 tahun lalu. Saya amat menghargai segala peluang yang telah diberikan untuk mewakili negara,” jelas Yen Wei dalam satu kenyataan yang dimuat naik di media sosialnya. – UTUSAN ONLINE

The post Yen Wei undur diri dari BAM appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *