KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan tiada kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dan akan menyerahkan Akuan Bersumpah (SD) kepada Yang di-Pertuan Agong petang nanti.

Menurut Ahmad Zahid, seramai 26 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang hadir di Hotel Seri Pacific manakala dua lagi Ahli Parlimen tidak sihat.

“Kami telah memutuskan ketetapan dan arahan parti yang diputuskan Dewan Tertinggi BN merupakan arahan standing order.

“Di dalam hal ini, mana-mana pihak yang keluarkan bahawa BN telah menyertai mana-mana gabungan adalah tidak benar.

“Mana-mana individu yang menandatangani atau SD kepada mana-mana calon Perdana Menteri selain ketetapan parti adalah tidak sah,” katanya. – UTUSAN

The post Zahid sahkan tiada kerjasama PN, akan hantar SD pada Agong appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *