PETALING JAYA:Pelumba pasukan Honda Asia Dream Racing, Muhd Zahwan Zaidi kembali memegang mahkota juara Asia selepas menanti selama enam tahun apabila mengungguli kategori ASB 1000 di Kejuaraan Motorsikal Asia (ARRC) yang melabuhkan tirai di Litar Chang, Buriram, Thailand semalam.

Biarpun Zaqhwan hanya menghabiskan perlumbaan kedua pusingan terakhir ARRC di kedudukan kelima, ia sudah cukup buat anak jati Selangor itu untuk mengumpul keseluruhan 157 mata, memintas pencabarnya dari Jepun, Haruki Noguchi yang mengumpul 157 mata.

Kali terakhir Zaqhwan menjadi juara Asia adalah pada 2016, ketika beraksi dalam kategori SS600.

“Saya memang tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan saya apabila dinobatkan sebagai juara Asia, tetapi saya mahu mengucapkan ribuan terima kasih untuk semua orang yang menyokong saya selama ini.

“Saya juga ingin berterima kasih buat pasukan kerana telah membantu saya menyiapkan jentera dengan penalaan yang terbaik untuk perlumbaan di Buriram,” jelas Zaqhwan.

Kemenangan Zaqhwan ini meneruskan penguasaan pelumba negara di kejohanan ini, memandangkan Azlan Shah Kamaruzaman yang mewakili Onexox TKKR diangkat menjadi juara pada 2019 sebelum saingan ini terpaksa ditangguhkan selama dua tahun gara-gara penularan wabak Covid-19.

The post Zaqhwan puas kembali dinobatkan Juara Asia appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *