WAH… Sejak semakin cantik dan ramping, pelakon serta pempengaruh media sosial yang seorang ini memang semakin menyerlah Cik Bunga tengok.

Apa yang paling Cik Bunga suka, Zarina Anjoulie atau Anju juga sudah banyak berubah. Nampak lebih relaks dan ceria sahaja.

Kalau nak dibandingkan sebelum ini, boleh dikatakan seputar kehidupannya asyik tidak lepas dengan pelbagai kontroversi.

Kali ini, Anju nampak lain sangat. Nampak bahagia pun iya. Bercakap pasal bahagia, khabarnya Anju sudah ada teman lelaki baharu. Dikenali sebagai Datuk Seri Khazrul Ezry, kekasihnya itu duda.

Alahai, tak apalah. Masingmasing pun bukan ada komitmen hubungan dengan sesiapa, okeylah bukan? Apa yang penting, Anju dan kekasih barunya itu nampak serius menjalinkan hubungan, malah sudah ada ura-ura ke fasa seterusnya.

Nak kahwin dah khabarnya! Kalau betul, Cik Bunga doakan agar hasrat murni Anju dan pasangan berjalan baik serta lancar.

Lagipun, Cik Bunga dengar, kekasih Anju itu juga ada belikan sebuah rumah mewah untuk mereka diami kelak.

Pendek kata, persiapan kekasihnya itu bukan main-main. Anju pun khabarnya sedang perlahan-lahan mengubah penampilan ke arah lebih sopan.

Ini satu berita baik. Tahniah Anju. Teruskan kuat semangat! Cik Bunga tahu, nak berubah bukan senang, tetapi kalau niatnya baik, insya-Allah semua akan dipermudahkan-Nya.

Setelah melalui pelbagai pengalaman, termasuk gagal dalam berumah tangga, Cik Bunga pasti ramai yang mendoakan Anju untuk hidup bahagia.

Lagipun, Anju memang baik dan dia juga layak bahagia. Tak gitu?

The post Zarina Anjoulie temui pengganti appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *