BAITULMUQADDIS: Tentera Israel menembak mati dua rakyat Palestin ketika serbuan di kem pelarian Jenin di Tebing Barat.

Insiden itu dilaporkan Kementerian Kesihatan Palestin, namun tidak memberikan maklumat lanjut termasuk mengenai identiti mangsa yang terkorban.

Pihak berkuasa Palestin memaklumkan, pertempuran antara pasukan keselamatan Israel dan pejuang Palestin tercetus di kem dekat utara Tebing Barat itu, lokasi di mana sering berlaku konfrontasi.

Agensi berita Palestin, Wafa, melaporkan puluhan kenderaan berperisai menyerbu kem berkenaan sehingga rakyat Palestin mengadakan protes di luar hospital kerajaan.

Tentera Israel mengesahkan mereka menjalankan operasi di kem pelarian berkenaan, namun tidak mengulas lanjut mengenai perkara terbabit.

Israel menjalankan beberapa serbuan dan tangkapan di Tebing Barat susulan kematian 19 rakyatnya.

Israel berkata, operasi yang dijalankan adalah bagi menumpaskan infrastruktur kumpulan pejuang dan membendung serangan daripada berlaku selain menegaskan tindakan mereka terpaksa dilakukan berikutan kelemahan pihak berkuasa Palestin.

Bagaimanapun, rakyat Palestin melihat serbuan di kampung dan bandar mereka sebagai tindakan pencerobohan bagi meluaskan jajahan Israel selain untuk melemahkan pasukan keselamatan.

Setakat ini, serbuan dilakukan Israel sudah meragut 120 nyawa rakyat Palestin, menjadikan ia sebagai tragedi terburuk sejak 2015.

Kebanyakan yang terkorban didakwa menganggotai kumpulan penentang, namun antara yang terbunuh adalah remaja serta orang awam. – AP

The post Zionis tembak mati dua lagi rakyat Palestin di Tebing Barat appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *