PUTRAJAYA: Kerajaan melantik bekas Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin sebagai Ketua Fasilitator Kerajaan Malaysia yang baharu bagi Proses Dialog Damai di Selatan Thailand berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Ketua Setiasuaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, kerajaan yakin dengan kemampuan Zulkifli dan mampu merealisasikan misi ini dengan baik, berkesan dan mencapai impak positif.

Beliau berkata, kerajaan berharap pengalaman Zulkifli sebagai Panglima Angkatan Tentera sebelum ini dapat membawa sesuatu yang positif dan signifikan kepada misi berkenaan.

“Diharapkan juga agar Zulkifli akan dapat memainkan peranan berkesan dalam mempercepatkan usaha ke arah mewujudkan kedamaian dan keamanan di Selatan Thailand.

“Saya bagi pihak kerajaan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tan Sri Abdul Rahim Mohd. Noor yang menamatkan khidmat beliau sebagai Ketua Fasilitator pada 31 Disember lalu,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini. – UTUSAN

The post Zulkifli dilantik Ketua Fasilitator Kerajaan Malaysia baharu appeared first on Utusan Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *